Ogos lepas, MDEC mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali acara Level Up KL untuk tahun 2019 yang mana mereka akan mengadakan ada dua sesi iaitu Level Up KL Biz untuk bahagian bisnes dan juga Level Up KL Play buat pengunjung awam.
Level UP KL Play akan berlangsung pada 9 dan 10 November 2019 di KLCC yang mana ianya bukan sahaja akan menyertakan pelbagai aktiviti menarik, malah pengunjung juga berpeluang untuk mencuba pelbagai permainan baharu yang masih belum dilancarkan oleh pembangun tempatan.
Berikut adalah 5 sebab kenapa anda perlu hadir ke acara tersebut.
Tiket Kini Boleh Dibeli Dengan Harga Serendah RM10
Tiket untuk acara Level UP KL Play kini sudah mula dijual di mana anda boleh membelinya secara atas-talian ataupun mana-mana kedai-kedai pilihan.
Menariknya, harga tiket untuk acara tersebut hanyalah serendah RM10 sahaja untuk sesi 1 hari dan ianya juga boleh dibeli di acara tersebut pada hari yang sama. Namun menariknya bagi anda yang membuat pembelian awal, anda juga berpeluang untuk mendapat kad Sim khas oleh Unifi dengan 1 bulan data tanpa had yang mana ianya dijual dengan harga RM20 untuk kedua-dua hari.
[info] Beli Tiket: Level Up KL Play 2019 [/info]
Pelbagai Reruai Dan Aktiviti Menarik
Seperti yang kami konsikan di atas, acara Level UP KL Play akan berlangsung di KLCC sepanjang 5 dewan dengan pelbagai reruai menarik. Menurut MDEC, dewan tersebut akan terbahagi kepada beberapa bahagian seperti zon permainan Indie, zon kerjaya, zon aktiviti dan semestinya zon Esukan.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung pula adalah pertandingan Cosplayer, dan pelbagai reruai yang mempamerkan permainan-permainan yang dibangunkan oleh pembangun tempatan seperti No Straight Roads oleh Metronomik, Bake N’ Switch oleh Streamline Games, Gigabash oleh Passion Republic dan sebagainya.

Selain itu, Level Up KL Play juga akan mengadakan acara pertandingan Cosplay khas yang mana pemenang berpeluang untuk memenangi hadiah sehingga RM900. Bagi anda yang bermiant, anda boleh ke pautan di bawah untuk mendaftar.
[info] Daftar: Pertandingan Cosplay Level Up KL Play 2019 [/info]Selain itu, perkara yang menarik sekali untuk acara tersebut semestinya zon kerjaya yang mana bagi anda yang berminat untuk menceburi ke industri permainan video melalui reruai Bandai Namco, Lemon Sky dan juga reruai akademi sepeerti universiti The One Academy, KDU University College dan sebagainya.

Terdapat juga pelbagai aktiviti lain seperti pod penstrim, sesi permainan video dan juga pengunjung berpeluang untuk temui pelbagai juruhebah terkenal termasuklah pembangun dan Cosplayer terkemuka.
Selain itu, MDEC dan sebilangan pembangun permainan lain juga mengumumkan yang mana mereka akan mengumumkan pelbagai lagi informasi berkenaan permainan tempatan, termasuklah permainan seterusnya oleh Kaigan Games, iaitu Simulacra 2.
Pelbagai Hadiah Menarik Untuk Dimenangi
Juga ketika acara Level Up KL Play, MDEC akan memperkenalkan aktiviti “misi” yang pemain boleh lakukan melalui aplikasi khas Level Up yang mana pengunjung berpeluang untuk mendapatkan pelbagai ganjaran hadiah dengan melengkapkan sebilangan cabaran dan misi yang tersedia.
Menurut Hasnul Hadi Samsudin iaitu naib-president MDEC mengatakan yang mana mereka juga akan menyertakan pelbagai hadiah yang pengunjung berpeluang untuk memenangi di mana antara hadiah-hadiah yang tersedia adalah daripada pelbagai jenama seperti Hasbro seperti figura Transformers, mainan Nerf Overwatch dan sebagainya.
Persembahan Video Game Orchestra
Selain itu, juga ketika cara Level Up KL Play, MDEC juga akan mengadakan acara persembahan orkestra khas Video Game Orchestra pada 9 November kelak. Menariknya, persembahan tersebut akan terdiri daripada pelbagai muzik-muzik siri permainan terkenal seperti Final Fantasy, Kingdom Hearts dan sebagainya. Menariknya juga muzik dari permainan tempatan seperti No Straight Roads dan Re: Legend juga akan dipersembahkan.
Bagi anda yang berminat, tiket untuk Video Game Orchestra dijual secara berasingan dengan harga bermula RM108. Bagi anda yang berminat anda boleh ke pautan di bawah.
[info] Beli Tiket: Video Game Orchestra [/info]
Pelbagai Kejohanan E-Sukan Dan Pengumuman Atlit Esukan Ke Sukan SEA 2019
Juga ketika acara Level UP KL Play, MDEC akan bekerjasama bersama Predator dan Axis Esports Club untuk mengadakan pelbagai acara kejohanan permainan Esukan di mana ianya terdiri daripada pelbagai permainan seperti Dota 2, PUBG Mobile, Arena Of Valor dan sebagainya.

Di acara tersebut, Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman akan mengadakan acara perlepasan dan pengumuman rasmi buat atlit-atlit Esukan yang bakal wakilkan Malaysia untuk ke Sukan SEA 2019 yang bakal berlangsung hujung bulan hadapan.
Semestinya terdapat pelbagai lagi pengumuman lain yang masih lagi belum diumumkan secara rasmi dan bagi anda yang tidak ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan Level Up KL, anda boleh ke laman rasmi Level Up KL.
Manakala bagi anda yang berminat akan acara Level UP KL Biz yang bakal berlangsung bermula 2 November, anda boleh ke laman rasmi bahagian bisnes tersebut untuk mengetahui informasi lanjut termasuklah pembelian tiket.