Valve hari ini mengumumkan yang sesi beta untuk Artifact 2.0, ataupun Artifact versi baharu, akan tiba tidak lama lagi, dan mereka akan menghantar jemputan secara rawak untuk pemain yang sudah memiliki permainan tersebut.

Buat masa ini mereka masih di peringkat percubaan dan akan menghantar jemputan tersebut apabila ia sudah bersedia. Berikut adalah antara perkara baharu yang disertakan, pemain kini boleh melihat ketiga-tiga lane secara serentak, permainan ini juga tidak akan menjual kad dan mod baharu iaitu Hero Draft untuk membolehkan pemain mencuba dek.

Tambah Valve mengenai pembelia di dalam permainan, mereka merancang untuk menyertakannya tetapi bukan untuk menjuak pek ataupun kad, sebaliknya kad diperoleh dengan bermain. Mereka juga mengesahkan yang kebanyak kad sudah ditukar, oleh kerana itu dek-dek lama tidak lagi boleh diguna.

Sohor Kini