Skip to main content

Bagi anda yang meminati permainan seakan The Legend Of Zelda bersama-sama dengan visual grafik cel-shaded seakan permainan Ni No Kuni, anda mungkin berminat dengan permainan yang baru sahaja diumumkan oleh Naps Team iaitu Baldo.

Menurut Naps Team, permainan ini akan akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC. Namun dari segi tarikh pelancaran dan informasi lanjut berkenaannya, ianya masih belum dikongsikan lagi.

Berdasarkan video acah yang dikongsikan oleh IGN, permainan ini kelihatan mempunyai bentuk aksi RPG dan mengingatkan kami dengan permainan The Legend Of Zelda Wind Waker, dicampurkan pula dengan visual grafik Cel-Shaded, semestinya permainan ini kelihatan sangat menarik sekali. Tambahan itu, dari segi visualnya juga bersama dengan rekaan watak, Baldo juga kelihatan seakan siri permainan RPG terkenal, Ni No Kuni.

Meskipun begitu, buat masa ini informasi tambahan lain masih belum diumumkan dan kami di Aksiz amat berminat sekali dengan permainan di mana kami pasti akan berkongsi sebarang kemaskini setelah ianya diumumkan kelak.

Leave a Reply