Skip to main content

Nimble Giant Entertainment hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan sesi Beta terbuka buat permainan Quantum League bermula hujung minggu ini.

Menurut mereka, sesi beta terbuka tersebut akan berlangsung pada 21 Februari ini sehingga 2 Mac 2020 khas di PC melalui Steam.

Quantum League adalah permainan penembak paradoks masa yang mana ianya memfokuskan bentuk pertempuran secara kompetitif antara satu lawan satu ataupun dua lawan dua secara atas-talian.

Apa yang membuatkan permainan ini berlainan dengan permainan penembak lain adalah ianya memfokuskan bentuk alam berbeza dan garis masa paradoks yang mana setiap kali tindakan ataupun pilihan pemain akan berulangan dan pemain dari masa hadapan dan belakang akan sentiasa berada di arena permainan tersebut. Ini sekaligus meletakkan pemain untuk membuat pilihan secara taktikal dan merancang bagaimana untuk menumpaskan musuh.

Konsep permainan ini juga sedikit sebanyak mengingatkan kami akan satu video oleh Corridor Digital iaitu Clock Blockers yang mana ianya kelihatan mempunyai konsep yang sama.

Permainan ini juga dirancang untuk dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan Xbox One. Namun buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan dan ianya disahkan setakat ini akan tiba sekitar tahun ini bagi akses awal di PC.

Leave a Reply