Skip to main content

Ketika acara persidangan Xbox yang berlangsung awal hari ini, terdapat pelbagai permainan-permainan yang diumumkan dan kesemuanya bakal dilancarkan di konsol Xbox One, disamping sebahagian daripadanya akan tiba di Xbox Game Pass.

Kami sudah pun berkongsi pengumuman-pengumuman utama ketika acara persidangan Xbox di mana anda boleh membacannya d ibawah.

Berikut adalah senarai permainan-permainan lain yang diumumkan ketika acara persidangan tersebut.

Spiritfarer

Spiritfarer merupakan salah satu permainan yang diperlihatkan ketika acara persidangan tersebut di mana ianya memfokuskan bentuk aksi 2 dimensi. Menurut pembangun, Thunder Lotus Games permainan ini akan dilancarkan di kesemua konsol dan PC sekitar tahun 2020.

RPG Time: The Legend Of Wright

Salah satu permainan yang menarik minat kami ketika acara persidangan Xbox adalah RPG Time: The Legend Of Wright di mana ianya adalah permainan yang dibangunkan oleh Desk Works dan kelihatan ianya mempunyai bentuk aksi 2 dimensi dengan bentuk visual lukisan tangan.

Permainan ini dirancang untuk dilancarkan pada 2020 ini di konsol Xbox One dan juga di PC bersama-sama dengan versi permua di iOS dan Android.

Wasteland 3

Wasteland 3 merupakan permainan seterusnya oleh InXile Entertainment setelah mereka dibawah naungan Microsoft di mana permainan tersebut kelihatan memfokuskan lokasi baharu iaitu Colorado.

Permainan ini dijadualkan bakal tiba sekitar tahun ini di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

LEGO Star Wars: The Skywalker Saga

Ketika acara persidangan Xbox, Warner Bros Interactive juga mengumumkan permainan LEGO baharu berdasarkan filem Star Wars di mana kali ini ianya akan memfokuskan kesemua filem utama Star Wars.

Buat masa ini ianya dijadualkan bakal tiba bukan sahaja di Xbox One, malah di konsol Playstation 4, Switch dan juga PC.

12 Minutes

12 Minutes merupakan permainan yang diterbitkan oleh Annapurna Interactive di mana ianya memfokuskan bentuk atas bawah secara naratif.

Berdasarkan video acah, pemain akan berada di dalam satu gelung masa selama 12 minit, dan setiap pilihan pemain akan memberi kesan terhadap penceritaan permainan tersebut. Ianya bakal tiba di PC dan juga konsol Xbox One.

Way To The Woods

Way To The Woods kelihatan seakan satu permainan yang memfokuskan pengembaraan haiwan di mana pemain akan mengawal seekor rusa dan perlu mengembara di dalam bandaraya untuk kembali ke hutan.

Permainan ini adalah permainan oleh pembangun Anthony Tan dan ia bakal tiba sekitar 2020 ini di konsol Xbox One dan juga PC.

Semestinya, seperti tahun lepas, persidangan Xbox juga penuh dengan pelbagai permainan Indie di mana melalui acara kali ini melalui ID @ Xbox, Microsoft memperlihatkan lebih dari 20 permainan. Berikut adalah senarai permainan yang diumumkan bersama video acah di bawah.

  • Dead State Drive
  • Star Renegades
  • Afterparty
  • Creature In The Well
  • Killer Queen Black
  • Undermine
  • Pathologic 2
  • The Lord Of The Ring Living Card Game
  • The Good Life
  • Blazing Chrome
  • TABS: Totally Accurate Battle Simulator
  • Secret Neighbor
  • Supermarket Shriek
  • Unto The End
  • Night Call
  • Riverbond
  • Felix The Reaper
  • Ikenfell
  • Totem Teller

Selain daripada itu, Microsoft juga berkongsi sebilangan kemaskini lain untuk permainan video mereka sebelum ini seperti permua Gears POP! dan DLC baharu untuk State Of Decay 2.

Microsoft juga memperlihatkan informasi lanjut untuk langganan Xbox Game Pass di mana laporan lanjut anda boleh ke pautan ini.

Untuk pelbagai lagi pengumuman E3 2019, anda boleh membaca keseluruhan liputan kami di sini.

Leave a Reply