Informasi Permainan Video Terkini
The Last Campfire Diumumkan – Permainan Oleh Hello Games, Pembangun No Man’s Sky
PC

The Last Campfire Diumumkan – Permainan Oleh Hello Games, Pembangun No Man’s Sky

Diterbitkan pada Dis 7, 2018 oleh .

Hello Games, iaitu pembangun buat permainan No Man’s Sky hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan seterusnya yang dinamakan The Last Campfire.

Pengumuman tersebut diumumkan ketika acara The Game Awards yang mana menurut mereka ianya bakal tiba di PC pada tahun 2019.

Menurut Hello Games, permainan memfokuskan bentuk pengembaraan yang memfokuskan penceritaan bersama tekaria permainan.

Dari segi informasi lanjut berkenaan permainan ini Hello Games masih belum mengumumkannya. Namun, berdasarkant video acah yang dikongsi, ianya kelihatan seperti permainan pengembaraan yang pasti akan membuat anda memikirnya.

Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut setelah Hello Games mengumumkannya.


TIPS & ULASAN