PUBG Mobile Clun Open (PMCO) Fall Split dengan jayanya berlangsung pada awal bulan ini Putra World Trade Center, di mana pasukan dari Indonesia iaitu Bigetron RA diumumkan sebagai juara keseluruhan.
Minggu ini diumumkan yang penstriman langsung untuk kejohanan tersebut telah menerima 532 juta jumlah penonton iaitu 11 kali lebih tinggi berbanding tahun lepas dan 57 juta jam tontonan iaitu 15 kali lebih tinggi. Jumlah tersebut tidak menyertakan penonton dari China.
Peningkatan ini merupakan satu lonjakan yang besar untuk kejohana utama bagi PUBG Mobile yang sebelum ini telah diumumkan menerima 600 juta jumlah muat turun.