Skip to main content

Kejohanan PUBG Mobile Clup Open 2019 Fall Split berlangsung pada hujung minggu lepas yang mana ianya menempatkan 16 pasukan bertempur di dalam permainan PUBG Mobile untuk meraih juara dan membawa pulang wang hadiah terkumpul sebanyak RM10,400,000.

Dengan berlangsungnya selama 3 hari, kejohanan tersebut ditamatkan dengan pasukan Bigetron RA dari Indonesia meraih juara yang mana mereka membawa pulang wang hadiah sebanyak RM752,000 sebagai pemenang tempat pertama. Manakala tempat kedua adalah pasukan TOP Esports dari China dan tempat ketiga adalah MEGA Esports dari Thailand.

Manakala pasukan dari Malaysia iaitu Yoodo Gank mendapat tempat ke-11 dan mereka membawa pulang sebanyak RM16,700.

James Yang iaitu pengarah global esukan dari Tencent Games juga mengatakan yang mana kejohanan PMCO 2019 telah ditonton melebihi 50 juta jam oleh seluruh dunia dan sekaligus meletakkan permua tersebut sebagai permainan Esukan terbaik untuk anugerah Gold Joystick Awards 2019.

Beliau juga mengumumkan yang mana pendaftaran untuk kejohanan PMCO 2020 akan berlangsung bermula Januari 2020 ini.

Selain itu, ketika kejohanan tersebut, Tencent dan PUBG Mobile mengumumkan yang mana juga akan mengadakan kejohanan PUBG Mobile World League iaitu liga peringkat dunia yang akan berlangsung pada Mei dan Oktober tahun hadapan. Menurut mereka, kejohanan tersebut akan bermula dengna liga profesional di negara dan rantau terpilih seperti Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam dan juga di Amerika Syarikat.

Menurut mereka, jumlah wang hadiah terkumpul buat kejohanan tahun hadapan juga akan ditingkat sehingga RM20 juta, sekaligus ianya berjumlah dua kali ganda dari kejohanan PMCO 2019.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat pasukan yang memenangi kejohanan ini.

Leave a Reply