Skip to main content

Resident Evil 2 yang dilancarkan awal tahun ini semestinya salah satu permainan yang mendapat jualan yang baik oleh Capcom sehingga 4.5 juta salinan terjual dan ianya juga tersenarai untuk permainan terbaik bagi anugerah The Game Awards 2019.

Terkini, tampaknya Capcom mungkin akan meneruskan formula yang sama di mana menurut laporan Video Games Chronicles, Capcom mungkin akan melancarkan permainan Resident Evil 3: Nemesis yang diolah semula sekitar tahun hadapan.

Semestinya ini hanyalah masih satu ura-ura dan buat masa ini Capcom masih belum mengumumkannya secara rasmi.

Meskipun begitu, memandangkan permainan Resident Evil 3: Nemesis berlaku pada waktu dan lokasi yang sama dengan Resident Evil 2, ianya tidaklah mustahil buat Capcom untuk melancarkan semula permainan Resident Evil 3: Nemesis yang diolah semula dengan menggunakan aset-aset daripada Resident Evil 2. Jika ingin dilihat dari segi pelancaran untuk kedua-dua permainan asal tersebut, jangka masa antara pelancaran Resident Evil 2 dan Resident Evil 3: Nemesis juga adalah selang setahun sahaja.

Tambahan itu dengan pengumuman permainan Project Resistance iaitu permainan Resident Evil yang memfokuskan bentuk multi-pemain yang dibangunkan oleh NeoBards Entertainment, kami percaya studio utama Capcom Dev 1 sedang membangunkan sesuatu menjelang tahun hadapan.

Capcom sebelum ini juga pernah menyatakan yang mana mereka berminat untuk melancarkan semula permainan-permainan yang dipernambah-baikkan dan peminat juga sering berkongsi projek mereka untuk menambah-baik semula permainan Resident Evil 3: Nemesis.

Kami pasti akan mengemaskini setelah ia diumumkan kelak.

Leave a Reply