Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Berminat Untuk Melancarkan Lebih Banyak Permainan Pernambah-Baikkan Pada Masa Akan Datang

Capcom Berminat Untuk Melancarkan Lebih Banyak Permainan Pernambah-Baikkan Pada Masa Akan Datang

Diterbitkan pada Ogos 3, 2018 oleh .

Ketika sesi laporan kewangan Capcom yang berlangsung minggu ini, Capcom menyatakan bahawa mereka berminat untuk melancar lebih banyak permainan pernambah-baikkan pada masa datang.

Ini adalah kerana permainan Resident Evil 2 mendapat sambutan yang baik dikalangan pemain ketika acara E3 2018 lepas dan pada masa yang sama mereka menjangka permainan tersebut akan terjual berjuta-juta salinan.

Sekaligus, dengan kenyataan tersebut, Capcom juga menyatakan bahawa mereka akan melihat katalog permainan yang mereka lancarkan sebelum ini dan akan mengkaji permainan-permainan yang akan mereka membawa semula bersama-sama mempergunakan segala hak intelek mereka yang sedia ada.

Ini merupakan sesuatu yang agak menarik dan pada masa yang sama mungkin sesuatu yang bahaya. Memandangkan permainan pernambah-baikkan ataupun permainan yang diolahkan semula sememangnya satu perkara yang pemain sering inginkan. Namun, ia juga bahaya disebabkan terdapat juga permainan pernambah-baikkan yang tidak mempunyai sebarang kemaskini yang berbaloi dengan harganya.

Walaupun begitu, kami berharap untuk Capcom membawa semula siri Dino Crisis mahupun Resident Evil 3: Nemesis pada masa akan datang dengan olahan semula seperti mana apa yang mereka lakukan dengan Resident Evil 2.


TIPS & ULASAN