Skip to main content

Dengan pelancaran Resident Evil 2 awal tahun ini, sememangnya membuat ramai peminat berharap agar Capcom meneruskan versi olahan semula buat siri tersebut dengan sekuel kepadanya iaitu Resident Evil 3: Nemesis.

Meskipun begitu, ini juga tidak bermakna peminat tidak akan mengambil langkah dahulu di mana sekumpulan peminat minggu ini memperlihatkan permainan Resident Evil 3: Nemesis dengan visual yang dinaik-tarafkan melalui projek Resident Evil 3 Seamless HD Project.

Seperti yang anda tonton di video di atas, sememangnya permainan tersebut mempunyai perbezaan visual yang sangat ketara berbanding visual asalnya yang agak kabur dengan pelbagai tektur model yang tidak langsung boleh diperlihatkan.

Bukan setakat itu sahaja, pek pernaik-tarafan tersebut juga meningkatkan pelbagai lagi bentuk visual lain seperti paparan antaramuka, dan juga menu dan teks-teks supaya memudahkan pemain untuk membaca dalam visual definisi tinggi.

Menariknya, versi pernambah-baikkan tersebut dihasilkan oleh peminat melalui pembelajaran mesin di mana ianya menggunakan algoritma untuk meningkatkan visual permainan tersebut. Namun, peminat-peminat tersebut terdiri daripada Mathieu Phililipe, Saaed, Kayael dan FrankWesker juga membuat beberapa sentuhan tambahan untuk menyempurnakan lagi visual permainan tersebut.

Sememangnya permainan tersebut dimainkan oleh pelagak permainan, Dolphin melalui versi GameCube buat permainan Resident Evil 3: Nemesis yang dilancarkan 2003 lepas.

Bagi anda yang ingin mencuba pernaik-tarafan tersebut, ianya boleh dimuat-turun secara percuma melalui laman rasmi di bawah.

[info] Layari: Resident Evil 3: Seamless HD Project [/info]

Leave a Reply