Skip to main content

Lanjutan pengumuman pelancaran buat permainan MMORPG Black Desert versi Playstation 4 bakal tiba 22 Ogos 2019 ini, Pearl Abyss hari ini mengumumkan bahawa sesi percubaan beta buat permainan tersebut bakal bermula 9 sehingga 13 Ogos ini.

Menurut Pearl Abyss, sesi beta tersebut tidak memerlukan pemain untuk melanggan Playstation Plus dan bagi mereka yang mencubanya, Pearl Abyss akan menyertakan beberapa ganjaran seperti haiwan peliharaan Sky Hawk apabila ianya dilancarkan kelak.

Black Desert sebelum ini telah pun dilancarkan di PC dan Xbox One dan bagi versi Playstation 4, ianya sudah boleh dipra-tempah. Namun buat masa ini ianya masih belum tersenarai di dalam PSN Store rantau Malaysia.

Bagi anda yang berminat untuk mendaftar sesi percubaan beta buat Black Desert, anda boleh ke pautan di bawah. Sememangnya buat masa ini rantau Malaysia masih belum tersenarai, namun anda boleh menetapkan rantau “lain” melalui pendaftaran tersebut.

[info] Daftar: Beta Black Desert [/info]

Leave a Reply