Informasi Permainan Video Terkini
Hermen Hulst Menggantikan Shuhei Yoshida Sebagai Presiden Worldwide Studios

Hermen Hulst Menggantikan Shuhei Yoshida Sebagai Presiden Worldwide Studios

Diterbitkan pada November 7, 2019 oleh .

Tidak lama lalu, Shuhei Yoshida telah dilaporkan akan turun daripada jawatan beliau sebagai Presiden Worldwide Studios di Sony Interactive Entertainment, dan nampaknya pihak PlayStation telah menemui pengganti beliau melalui Hermen Hulst.

Bagi yang tidak mengenali Hermen Hulst, beliau sebelum ini ialah Pengarah Urusan dan salah satu daripada pengasas studio permainan video Guerilla Games, yang terkenal untuk permainan-permainan video seperti Killzone dan juga Horizon: Zero Dawn.

Guerilla Games juga bertanggungjawab untuk membangunkan enjin grafik Decima Engine yang digunakan didalam permainan-permainan video Horizon: Zero Dawn dan juga Death Stranding, permainan video terbaru keluaran Kojima Productions.

Menurut laporan GamesIndustry.biz, Herman Hulst akan mengambil-alih jawatan tersebut secara serta-merta, dan akan menyelia 14 studio dibawah Worldwide Studios.

Shuhei Yoshida, yang kini berada di Malaysia untuk acara Level Up KL akan menjaga studio permainan video yang lebih kecil dan tidak terikat dengan mana-mana penerbit-penerbit besar.


TIPS & ULASAN