Informasi Permainan Video Terkini
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Akan Ditayangkan Semula Sempena Tayangan Oscar

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Akan Ditayangkan Semula Sempena Tayangan Oscar

Diterbitkan pada November 1, 2019 oleh .

Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal adalah filem Upin-Ipin ketiga dari Les’ Copaque. Filem kali ini mempunyai animasi yang lebih maju, hebat dan realisitik – jika dibandingkan dengan filem terdahulunya. Pada bulan April, filem ini telah menjadi filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi – iaitu mencapai RM20 Juta.

Pada bulan Oktober, filem ini telah dihantar untuk pencalonan Oscar. Kemudian, video acah bahasa Inggeris telah diterbitkan. Untuk melayakkan filem ini dicalonkan dalam anugerah Oscar, filem ini perlu ditayangkan di Amerika Syarikat selama 7 hari. Oleh yang demikian, Les’ Copaque ingin menyambut perkara ini dengan menayangkan semula filem ini di Malaysia serentak dengan tayangan di Los Angeles. Filem ini akan mula ditayangkan di Malaysia pada 9&10 November di pawagam GSC yang terpilih sahaja. Bagi yang berminat dan ingin memberikan sokongan, anda boleh beli tiket bermula 6 November ini.


TIPS & ULASAN