Sony Pictures Entertainment telah berkongsi treler terbaharu untuk Spider-Man: Brand New Day. Treler ini tidak membuang masa dan terus membawa penonton kepada konflik utama cerita, mendedahkan krisis luar kawalan yang sedang menimpa Peter Parker susulan isu yang melibatkan mutasi DNA.

Melalui treler terbaharu ini, Peter mendedahkan bahawa watak tersebut sedang kehilangan kesedaran diri dan tidak lagi dapat mengawal dirinya. Dalam usaha mencari penyelesaian, dia bertemu dengan Dr. Bruce Banner untuk mendapatkan kepakaran mengenai mutasi DNA. Kesan daripada perubahan ini turut diacah memberi kebolehan baharu kepada Peter Parker.

Keadaan menjadi lebih rumit dengan kehadiran watak Metzger, yang memberi amaran tentang ancaman baharu yang tidak dapat dikawal dan tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Berdasarkan maklumat dari Metzger, Peter merupakan satu-satunya individu yang imun terhadap ancaman berkenaan dan satu-satunya yang mampu mengesannya.

Spider-Man: Brand New Day akan tiba di pawagam pada 30 Julai dengan pra-tempahan tiket sudah mula dibuka.

Leave a Reply