Seperti yang kami laporkan semalam, Les’ Copaque telah menghantar filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal untuk pencalonan anugerah Oscars. Di antara syarat yang ditetapkan oleh pihak Oscars ialah filem tersebut mesti ditayangkan selama 7 hari di pawagan Los Angeles, Amerika Syarikat.

Les’ Copaque kini telah mengesahkan yang mereka bakal menayangkan filem tersebut di LA dengan judul Upin & Ipin: The Lone Gibbon Kris. Bersempena dengannya, mereka juga berkongsi trailer berbahasa inggeris yang memperlihatkan adegan selama 10 minit.

Melalui Twitter, mereka juga melakukan kaji selidik sama ada penonton di Malaysia berminat untuk menonton filem berbahasa Inggeris tersebut di Malaysia yang buat masa ini memperlihatkan 70% menginginkannya.

Kami di Aksiz ingin mengucapkan tahniah kepada Les’ Copaque atas kejayaan tersedia filem Upin & Ipin ini, tambahan lagi jika mereka dicalonkan kelak.

Sohor Kini