Informasi Permainan Video Terkini
Apex Legends Akan Ke Peranti Mudah Alih Seawal Tahun Hadapan

Apex Legends Akan Ke Peranti Mudah Alih Seawal Tahun Hadapan

Diterbitkan pada November 1, 2019 oleh .

Antara permainan yang tidak disangkan mendapat sambutan tahun ini ialah Apex Legends. Permainan di dalam dunia Titan Fall ini dilancarkan tanpa sebarang promosi tetapi masih diterima ramai pengguna di dalam pasaran permainan Battle Royale yang semakin kompetitif. Maka tidak mengejutkan juga Apex Legends untuk peranti mudah alih pada Mei lalu.

Bagi yang menantikan Apex Legenda Mobile, ia kini disahkan akan hadir seawal-awalnya pada tahun 2020 oleh ketua eksekutif EA Andrew Wilson. EA menyasarkan pelancarannya pada tahun fiskal 2021 yang bermula Oktober 2020 hingga September 2021. Dalam tempoh yang sama versi konsol generasi baharu juga akan dilancarkan.

Pada waktu ini Apex Legends mempunyai lebih 70 juta pemain pada PC dan konsol. Dengan pengenalan versi permua kelak, angka ini pastinya meningkat. Seperti yang dapat dilihat pada COD Mobile, menghasilkan permainan popular versi popular amat menguntungkan.


TIPS & ULASAN