Melalui laporan kewangan untuk suku keempat bagi tahun fiskal 2018-2019, EA berkongsi prestasi dan juga perancangan mereka untuk permainan pertempuran royale Apex Legends. Ia dikeluarkan pada bulan Februari lepas sebagai permainan percuma dan sudah menjadi permainan yang penting untuk EA.

Menurut CEO EA Andrew Wilson, Apex Legends membantu untuk EA mendapat pemain baharu iaitu 30% daripada pemain Apex Legends merupakan pemain yang pertama kali menggunakan perkhidmatan EA.

Selain itu, beliau juga mengatakan maklumat lanjut mengenai musim ke-2 untuk Apex Legends akan diumumkan secara lanjut di EA Play semasa persidangan E3 bulan depan.

Manakala Blake Jorgensen iaitu COO dan CFO untuk EA mengumumkan pendapatan untuk suku ke-4 adalah melebihi daripada jangkaan mereka dan ia banyak dibantu oleh Apex Legends.

Tambah beliau lagi, EA menjangkakan untuk mendapat pendapatan sebanyak $300 juta (RM1.2 juta) sehingga $400 (RM1.6 juta) daripada Apex Legends bagi tahun fiskal 2019-2020. Namun, jumlah tersebut tidak mengambil kira kemungkinan untuk permainan tersebut dikeluarkan di China dan sebagai permainan mudah alih.

Lanjutan daripada perkara tersebut, Blake juga mengatakan yang mereka di dalam peringkat rundingan untuk membawa Apex Legends ke China dan sebagai permainan mudah alih.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 4 Februari 2019.

Sohor Kini