Lanjutan daripada pengumuman acara khas jelajah seluruh dunia oleh Kojima Productions beberapa minggu lepas, hari ini PlayStation Asia mengumumkan yang mana acara tersebut akan berlangsung di Singapura pada 17 November 2019 ini di Victoria Theatre di Singapura.

Menurut mereka, informasi lanjut acara tersebut akan diumumkan kemudian, namun apa yang pasti Hideo Kojima sendiri akan berada di sana di mana peminat berpeluang untuk bertemu beliau. Semestinya acara ini adalah bersempena khas pelancaran permainan mereka iaitu Death Stranding yang akan dilancarkan seminggu sebelumnya.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan dan seperti biasa kami akan kongsikan sebarang informasi berkenaannya setelah ia diumumkan kelak.

Sementara menanti acara tersebut, bagi peminat di luar sana, anda kini mungkin sudah boleh mula merancang perjalanan anda untuk ke Singapura menjelang 17 November ini.

Death Stranding merupakan permainan dunia terbuka oleh Kojima Productions dan ia bakal tiba 8 November 2019 ini di konsol Playstation 4.

Bagi anda yang berminat, pra-tempahan sudah pun bermula dan senarai edisi dan harga permainan tersebut boleh dibaca melalui artikel ini. Selain itu, Sony Interactive Entertainment juga umum berkas khas Playstation 4 Pro yang anda boleh pra-tempah dengan harga RM1,799.

Sohor Kini