Informasi Permainan Video Terkini
Kojima Productions Umum Acara Khas Jelajah Seluruh Dunia Sempena Pelancaran Death Stranding

Kojima Productions Umum Acara Khas Jelajah Seluruh Dunia Sempena Pelancaran Death Stranding

Diterbitkan pada Okt 10, 2019 oleh .

Kojima Productions semalam mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara khas jelajah seluruh dunia bersempena dengan pelancaran Death Stranding menjelang November ini.

Menurut mereka, acara tersebut akan bermula pada 30 Oktober ini di Paris, Perancis dan diikuti bandar London, Berlin, New York, San Francisco, Tokyo, Osaka, Taipei dan Seoul. Menariknya, bagi Asia Tenggara, Singapura disenaraikan sebagai salah satu negara yang bakal mereka adakan.

Dengan nama Death Stranding World Strand Tour 2019, informasi lanjut acara tersebut akan diumumkan kemudian.

Namun kami percaya, acara tersebut akan memfokuskan acara komuniti seperti sesi autograf bersama Hideo Kojima dan sebagainya. Seperti biasa kami akan mengemaskini sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan secara rasmi pada masa akan datang.

Death Stranding merupakan permainan dunia terbuka oleh Kojima Productions dan ia bakal tiba 8 November 2019 ini di konsol Playstation 4.

Bagi anda yang berminat, pra-tempahan sudah pun bermula dan senarai edisi dan harga permainan tersebut boleh dibaca melalui artikel ini. Selain itu, Sony Interactive Entertainment juga umum berkas khas Playstation 4 Pro yang anda boleh pra-tempah dengan harga RM1,799.


TIPS & ULASAN