Informasi Permainan Video Terkini
Resident Evil 5 Dan Resident Evil 6 Versi Switch Bakal Hadir Pada Oktober Ini

Resident Evil 5 Dan Resident Evil 6 Versi Switch Bakal Hadir Pada Oktober Ini

Diterbitkan pada July 17, 2019 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman Resident Evil 5 dan Resident Evil 6 akan dilancarkan di konsol Switch sebelum ini, Capcom hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi tarikh pelancaran permainan tersebut di mana ianya akan dilancarkan pada 29 Oktober 2019 kelak.

Dengan pelancaran ini, ianya sekaligus meletakkan hampir kesemua permainan Resident Evil utama boleh dimainkan di konsol Switch, termasuklah Resident Evil 0, Resident Evil dan Resident Evil 4 yang diumumkan sebelum ini.

Menariknya juga, Capcom juga bakal melancarkan edisi fizikal khas Resident Evil Triple Pack yang mana ianya akan menyertakan permainan Resident Evil 4, Resident Evil 5 dan Resident Evil 6 khas buat konsol Switch juga pada tarikh yang sama.

Namun, melalui edisi fizikal ini, hanya permainan Resident Evil 4 sahaja yang akan dimuatkan di dalam katrij permainan Switch, manakala permainan Resident Evil 5 dan Resident Evil 6 akan disertakan melalui kod muat-turun secara bersama. Ianya akan dijual dengan harga $59.99(~RM247).

Namun, bagi anda yang ingin mendapatkannya secara berasingan, ianya juga boleh dibeli secara digital melalui Nintendo eShop secara berasingan dengan harga bermula 29.99(~RM124) untuk setiap satu permainan.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, Resident Evil 5 dan Resident Evil 6 merupakan permainan yang asalnya dilancarkan di konsol Playstation 3, Xbox 360 dan PC beberapa tahun lepas. Melalui edisi ini, Capcom menyatakan mereka akan menyertakan kesemua DLC pernambahan yang dilancarkan sebelum ini secara bersama.

Bagi anda yang ingin mendapatkan di konsol lain, ianya sudah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.


TIPS & ULASAN