Informasi Permainan Video Terkini
Resident Evil 5 Dan Resident Evil 6 Diumumkan Bakal Tiba Di Konsol Switch Tahun Ini

Resident Evil 5 Dan Resident Evil 6 Diumumkan Bakal Tiba Di Konsol Switch Tahun Ini

Diterbitkan pada June 12, 2019 oleh .

Lanjutan daripada pelancaran Resident Evil 0, Resident Evil dan Resident Evil 4 di konsol Switch Mei lepas, hari ini ketika acara Nintendo Direct Capcom mengumumkan bahawa mereka juga akan membawa permainan Resident Evil 5 dan Resident Evil 6 ke konsol Switch.

Permainan tersebut asalnya dilancarkan di konsol Xbox 360 dan Playstation 3, dan kemudiannya ianya dilancarkan sebagai permainan pernambah-baikkan di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Terkini, ianya tampaknya bakal tiba pula di konsol Switch.

Menurut Capcom, kedua-dua permainan tersebut akan dilancarkan bersama-sama dengan kesemua DLC yang pernah dilancarkan sebelum ini. Sekaligus ianya adalah edisi lengkap, seperti permainan pernambah-baikkan di konsol lain.

Seperti versi konsol lain, melalui edisi Switch ini, bentuk multi-pemain secara skrin pembahagian juga bakal tiba secara bersama.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan, namun ianya dijadualkan untuk tiba pada suku ke-3 tahun ini.


TIPS & ULASAN