Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Umum Resident Evil HD Remaster, Resident Evil 0 Dan Resident Evil 4 Bakal Tiba Di Switch Mei Ini

Capcom Umum Resident Evil HD Remaster, Resident Evil 0 Dan Resident Evil 4 Bakal Tiba Di Switch Mei Ini

Diterbitkan pada Feb 26, 2019 oleh .

Capcom hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa Resident Evil HD Remaster, Resident Evil 0 dan Resident Evil 4 ke konsol Switch melalui Nintendo eShop.

Menurut Capcom, permainan tersebut akan dilancarkan pada 21 Mei 2019 ini dan ianya boleh mula dipra-tempah bermula 28 Februari, minggu ini. Dari segi harga, Capcom masih belum berkongsi sebarang informasi berkenaannya.

Ketiga-tiga permainan tersebut merupakan permainan pernambah-baikkan yang mana sebelum ianya dilancarkan di Gamecube, Playstation 2 beberapa tahun lepas. Ia kemudian mendapat versi pernambah-baikkan yang dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Kini tampaknya, Capcom bakal membawa permainan tersebut di konsol hibrid Nintendo Switch dan sudah pasti pemain akan berupaya bermain permainan tersebut secara mudah-alih melalui fungsi Switch.

Bagi anda yang meminati permainan Resident Evil, ini sememangnya satu pengumuman yang menarik dan sudah pasti akan menjadi satu koleksi permainan seram yang mengasyikkan di Switch.


TIPS & ULASAN