Jalan penceritaan Assassin’s Creed Odyssey akan berakhir dengan DLC Judgement of The Atlantis pada 16 Julai hadapan. Ia adalah merupakan DLC ketiga dan terakhir untuk permainan ini selepas Legacy of the First Blade dan The Fate of Atlantis. Di dalam Judgement of The Atlantis, pemain akan akhirnya melawat Atlantis yang menjadi tempat kediaman dewa Poseidon.
We're excited to reveal that the final DLC episode, Judgment of Atlantis, will be available on July 16! Get a first glimpse of Poseidon's realm with this exclusive screenshot! 🔱 #AssassinsCreedOdyssey pic.twitter.com/9FKBhIV6WR
— Assassin's Creed (@assassinscreed) July 3, 2019
Ia akan meneruskan pengembaraan Alexios/Kassandra selepas mengembara ke dunia Hades dalam DLC The Torment of Hades sebelum ini. Sungguhpun jalan cerita Odyssey telah berakhir, sebuah lagi DLC akan diberikan kepada pemain secara percuma dalam bentuk Discovery Tour : Ancient Greece boleh dimuat turun pada musim luruh kelak. Seterusnya ialah Discovery Tour : Ancient Greece yang membenarkan pemain meneroka dunia Yunani purba secara bebas.
Ini sama seperti Discovery Tour yang ditawarkan pada Assassin’s Creed Originssebelum ini. Terdapat lima tema ditawarkan iaitu falsafah, senibina, kehidupan harian, peperangan dan mitos Yunani. Usai mengembari pemain akan menyahkunci 35 avatar dan 15 mount.