Selepas hampir empat bulan dipasarkan, Assassin’s Creed Origins masih lagi menawarkan kemaskini dan mod baru secara percuma. Hari ini mod Discovery Tour dan New Game+ yang dijanjikan sejak beberapa bulan lalu bolah dimuat turun.
Menerusi Discovery Tour, pemain boleh mengembara di dalam dunia Mesir purba dan mempelajari pelbagai maklumat menarik mengenainya. Antara topik yang boleh dipelajari ialah mengenai piramid, mumifikasi, Cleopatra dan banyak lagi. Pemain turut boleh mengembara tanpa risau diserang oleh sebarang NPC.
Mod New Game+ pula membolehkan pemain memulakan semula perjalanan Bayek dari awal. Mereka boleh membawa kesemua pakaian, level, XP, senjata dan kandungan inventori. Namun peta, misi, lokasi, Hidden Blade dan tahap Senu akan kembali kepada awal. Musuh-musuh yang ditemui juga menjadi lebih sukar selari dengan tahap pemain. Bagi pemain yang berjaya menamatkan mod New Game+, ganjaran khas rahsia akan diberikan.