Pada waktu ini kami telah menghabiskan lebih 120 jam di dalam dunia Assassin’s Creed Odyssey. Kami merasakan Odyssey ialah permainan terbaik di dalam siri yang sudah masuk tahun ke-11. Bagi mistios yang masih belum puas mengembara di dalam dunia Yunani purba, DLC Legacy of The First Blade akan dilancarkan pada 4 Disember kelak.
Sempena pelancaran DLC ini, trailer pertama untuk Legacy of The First Blade telah dilancarkan. Ia menunjukkan pengembaraan ke dunia Parsi pula dengan pengenalan kepada hidden blade pertama di dunia. Selain itu turut diperlihatkan senjata baharu Greek Fire yang digunakan pada kapal layar yang tidak ditawarkan sebelum ini.