Baru-baru ini diumumkan yang permainan mudah alih One Punch Man akan dikeluarkan pada bulan September ini. Hari ini, giliran Bandai Namco pula mengumumkan permainan perlawanan seterusnya oleh mereka iaitu One Punch Man: A Hero Nobody Knows.
Ia merupakan permainan perlawanan 3 lawan 3 yang sudah menjadi kebiasaan bagi Bandai Namco, namun, kali ini ia adalah berdasarkan siri popular One Punch Man. Ia dibangunkan oleh Spike Chunsoft iaitu pembangun Jump Force.
Permainan ini akan menyertakan pelbagai watak daripada siri tersebut seperti Saitama, Genos, Hellish Blizzard, Speed-o’-Sound Sonic dan Mumen Rider.
Dengan adanya Saitama, saya tidak pasti bagaimana “perlawanan” akan berlaku. Buat masa ini, Bandai Namco tidak mengumumkan tarikh pengeluaran sebaliknya sekadar menyatakan ia akan datang tidak lama lagi.


