Oasis Games Limited mengumumkan yang mereka bakal mengeluarkan permainan mudah alih berdasarkan siri manga dan anime popular iaitu One Punch Man.

Permainan One Punch Man: Road to Hero akan dikeluarkan untuk iOS dan Android pada 16 September 2019. Menariknya, permainan ini akan menggunakan pelakon suara asal daripada anime.
Ia merupakan permainan berdasarkan kad, di mana pemain boleh membentuk pasukan tersendiri menggunakan pelbagai kad watak yang diperoleh sepanjang bermain.

Semasa pengeluaran nanti, mod penceritaan akan mengikut penceritaan bagi musim pertama siri anime, musim kedua akan ditambah kemudian kemungkinan selepas berakhirnya siri anime bagi musim tersebut.
Permainan ini juga akan menyediakan mod permainan multi-pemain PvP melalui arena. Buat masa ini tidak disahkan jika ia akan turut dikeluarkan di pasaran Malaysia.