Sejak dilancarkan Oktober tahun lalu, Assasin’s Creed Odyssey menerima beberapa DLC dalam bentuk Legacy of the First Blade dan The Fate of Atlantis. Menerusi penawaran ini, pengembaraan Alexios atau Kassandra akan disambung hingga ke dunia fantasi Elysium. Di E3 hari ini, Ubisoft mengumumkan dua lagi DLC terakhir untuk Odyssey.
Pertama sekali ialah Story Creator Mode yang membenarkan pemain mencipta misi mereka tersendiri. Enam misi kecil boleh dikumpulkan menjadi misi buatan sendiri yang kemudiannya boleh diakses pemain lain pada PC, PS4 dan Xbox One. Pemain bebas mencipta jalan cerita yang mungkin lebih menarik berbanding yang ditawarkan oleh Ubisoft sebelum ini. Malang sekali Story Creator Mode ini hanya boleh digunakan oleh pengguna PC sahaja buat masa ini.

Seterusnya ialah Discovery Tour : Ancient Greece yang membenarkan pemain meneroka dunia Yunani purba secara bebas. Ini sama seperti Discovery Tour yang ditawarkan pada Assassin’s Creed Origins sebelum ini. Terdapat lima tema ditawarkan iaitu falsafah, senibina, kehidupan harian, peperangan dan mitos Yunani. Usai mengembari pemain akan menyahkunci 35 avatar dan 15 mount.
Ia ditawarkan percuma kepada pemilik Odyssey atau dibeli berasingan bagi mereka yang tidak mempunyai permainan ini. Discovery Tour : Ancient Greece boleh dimut turun pada musim luruh kelak.