Informasi Permainan Video Terkini
Bethesda Mengumumkan Orion, Enjin Untuk Platform Penstriman Permainan Video

Bethesda Mengumumkan Orion, Enjin Untuk Platform Penstriman Permainan Video

Diterbitkan pada June 10, 2019 oleh .

Nampaknya tahun ini akan menjadi trend perkhidmatan penstriman permainan video. Google sudah mempunyai Stadia dan Microsoft pula sudah mempunyai xCloud. Terkini pada acara E3, Bethesda telah mengumumkan Orion.

Orion adalah satu sistem atau enjin yang boleh dimasukkan dalam pelbagai perkhidmatan penstriman permainan video. Ia akan memberikan pengalaman bermain yang hebat, walaupun pengguna mempunyai sambungan Internet yang lemah. Menurut Bethesda, Orion bukanlah pesaing kepada perkhidmatan penstriman permainan video – tetapi menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh perkhidmatan penstriman permainan video.

Tambahan Bethesda lagi, melalui Orion ia akan mengurangkan sambungan jalur lebar kepada 40% dan membolehkan permainan distrim pada kualiti tinggi dengan sambungan Internet yang rendah. Kemudian ia turut akan mengurangkan 30% masa mengekod dan juga mengurangkan 20% kerja-kerja kiraan. Untuk menggunakan Orion, sesuatu perkhidmatan pernstriman permaian video perlu mengaktifkan Orion ini dengan sendiri dan para pembangun permainan video juga bertanggungjawab untuk sertakannya dalam permainan mereka.

Hujung tahun ini, Bethesda akan hadir dengan Orion beta yang tersendiri tanpa bekerjasama dengan mana-mana platform penstriman permainan. Permainan pertama adalah Doom yang dilihat tiada masalah untuk menstrim 4K 60FPS pada telefon pintar. Bagi yang berminat, anda boleh mendaftar melalui Bethesda’s Doom Slayers Club.


TIPS & ULASAN