Skip to main content

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Google akhirnya berkongsi lanjut mengenai perkhidmatan penstriman permainan video mereka iaitu Stadia. Melalui acara Stadia Connect, harga buat perkhidmatan tersebut akhirnya dikongsi-kan.

Google Stadia akan mempunyai perkhidmatan langganan yang digelar sebagai Stadia Pro iaitu $9.99(RM41) sebulan. Melalui perkhidmatan langganan ini, pelanggan akan dapat menstrim permainan (yang menyokong) dengan kualiti 4K, 60FPS dan 5.1 surround sound.

Bagi permainan pula, untuk permulaan Destiny 2 penuh termasuk juga penambahan baharu iaitu Shadowkeep boleh dimainkan percuma akan tetapi permainan lain perlu di beli secara berasingan.

Pelanggan Stadia Pro akan turut ditawarkan harga diskaun, Google juga berjanji akan menyertakan lebih banyak permainan yang boleh dimainkan secara percuma.

Manakala bagi yang tidak ingin melanggan Stadia Pro, Google juga menyediakan Stadia Base yang akan hadir pada tahun hadapan secara percuma. Namun, melaluinya pemain hanya dapat menstrim permainan dengan kualiti 1080p, 60 FPS dan Stereo. Ia juga tidak mempunyai permainan percuma.

Google juga berkongsi kelajuan internet yang diperlukan untuk menstrim kualiti tertentu. Kelajuan yang paling minima adalah 10Mbps untuk strim permainan dengan kualiti 720p, 60FPS dan Stereo. Manakala untuk kualiti 4K, HDR, 60FPS dan 5.1 Surround ia memerlukan kelajuan 35Mbps.

Google Stadia akan dilancarkan pada bulan November dan Google juga mengumumkan Stadia Founder’s Edition yang akan menyertakan Chromecast Ultra, Alat Kawalan Stadia (Night Blue) dan 3 bulan langganan Stadia Pro.

Stadia Founder’s Edition ini akan dijual dengan harga $129 (RM535) secara terhad dan Stadia juga setakat ini hanya ditawarkan untuk 14 negara iaitu Belgium, Finland, Canada, Denmark, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, UK dan Amerika Syarikat. Ia akan diperluaskan ke negara lain pada tahun 2020.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang akan ditawarkan apabila Stadia ditawarkan kelak (via Gematsu);

  • Assassin’s Creed Odyssey (Ubisoft)
  • Baldur’s Gate III (Larian Studios)
  • Borderlands 3 (2K Games)
  • The Crew 2 (Ubisoft)
  • The Division 2 (Ubisoft)
  • Darksiders: Genesis (THQ Nordic)
  • Destiny 2: The Collection (Bungie)
  • Doom Eternal (Bethesda Softworks)
  • Dragon Ball Xenoverse 2 (Bandai Namco)
  • The Elder Scrolls Online (Bethesda Softworks)
  • Farming Simulator 19 (Focus Home Interactive)
  • Final Fantasy XV (Square Enix)
  • Football Manager 2020 (Sega)
  • Get Packed (Coatsink)
  • Ghost Recon: Breakpoint (Ubisoft)
  • GRID (Deep Silver)
  • Just Dance 2020 (Ubisoft)
  • Metro Exodus (Deep Silver)
  • Mortal Kombat 11 (Warner Bros. Interactive Entertainment)
  • NBA 2K (2K Games)
  • Power Rangers: Battle for the Grid (nPlay)
  • Rage 2 (Bethesda Softworks)
  • Rise of the Tomb Raider (Square Enix)
  • Samurai Shodown (Athlon Games)
  • Shadow of the Tomb Raider (Square Enix)
  • Thumper (Drool)
  • Tomb Raider (Square Enix)
  • Trials Rising (Ubisoft)

Menurut Google mereka akan terus menambah permainan termasuk juga permainan mereka sendiri melalui studio Stadia Games and Entertainment yang ditubuhkan semasa pengumuman Stadia sebelum ini.

Leave a Reply