Informasi Permainan Video Terkini
Project xCloud Hadir Oktober Ini – Konsol Xbox Juga Boleh Dijadikan Sebagai Pelayan
PC

Project xCloud Hadir Oktober Ini – Konsol Xbox Juga Boleh Dijadikan Sebagai Pelayan

Diterbitkan pada June 10, 2019 oleh .

Di persidangan E3 Microsoft/Xbox, Microsoft berkongsi lanjut mengenai project xCloud mereka iaitu projek penstriman permainan video secara awangan. Mereka mengumumkan yang projek tersebut akan dilancarkan pada Oktober ini.

Menariknya, selain perkhidmatan xCloud tersebut, pemilik konsol Xbox One juga boleh menjadikan konsol mereka sebagai pelayan yang akan membolehkan anda bermain permainan di konsol anda bila-bila masa sahaja walaupun tidak berada hampir dengan konsol tersebut.

Buat masa ini mereka tidak berkongsi mengenai harga perkhidmatan xCloud dan juga sama ada ia adalah sebahagian daripada langganan Xbox Game Pass Ultimate.


TIPS & ULASAN