Skip to main content

Di acara Stadia Connect yang mengumumkan pelbagai informasi lanjut mengenai Stadia, Google juga memperlihatkan video acah untuk permainan Baldur’s Gate 3 yang sebelum ini tertiris. Ia mengesahkan yang Baldur’s Gate 3 akan tiba ke perkhidmatan penstriman tersebut.

Namun, selain video acah tidak banyak informasi lanjut yang dikongsikan. Larian Studio mungkin akan melakukan pengumuman lanjut di E3 minggu hadapan.

Bagi tarikh pelancaran, berkemungkinan besar ia adalah pada November ini kerana ia dikatakan sebagai antara permainan yang hadir semasa Stadia dilancarkan.

Apapun ia sudah semestinya sesuatu yang menarik untuk pengikut siri permainan ini ataupun yang meminati permainan yang dikeluarkan oleh Larian Studio.

Leave a Reply