Skip to main content

Baldur’s Gate boleh dikatakan permainan RPG klasik yang dibangunkan oleh BioWare. Baldur’s Gate pertama dikeluarkan pada tahun 1998 dan kedua pada tahun 2000. Selepas itu, ia hanya menerima pelbagai penambahan dan juga permainan sampingan.

Larian Studio iaitu pembangun permainan Divinity: Original Sin mengubah laman rasmi mereka dan sekadar memperlihatkan III (3). Ia pada awalnya dianggap membawa maksud Divinity: Original Sin 3 akan diumumkan tidak lama lagi.

Namun, seorang pengguna Twitter telah telah membuka HTML laman tersebut dan menjumpai sesuatu yang menarik iaitu “All right reserved, Baldur’s Gate” ia kemudiannya dipadamkan tidak lama selepas itu membuatkan ramai menganggap Larian Studio bakal mengumumkan permainan baharu Baldur’s Gate.

Larian Studio adalah pembangun yang baik, Divinity: Original Sin yang pertama dan kedua tidak mengecewakan, jadi kami mempunyai harapan yang tinggi dengan permainan Baldur’s Gate yang baharu ini.

Leave a Reply