Disember 2018, peminat Sonic The Hedgehog dikejutkan dengan satu video acah dan poster buat filem aksi-nyata. Perkara ini terus menjadi bualan mulut orang ramai kerana rekaan Sonic yang mengecewakan. Ini kerana rekaannya berbulu, kelihatan menyeramkan dan juga seakan tidak mengikut rekaan asal.
Namun, bulan Mac lepas rekaan penuh diperlihatkan. Jelas sekali ia adalaj satu rekaan baru dengan elemen asal yang dikekalkan. Seperti warna dan kasut. Terkini, video acah telah diterbitkan dan perkara yang membuatkan orang ramai risau sejak Disember telah terjadi. Rekaan Sonic sememangnya mengecewakan dan CGInya dilihat tidak hebat. Elemen asal seperti penggunaan cincin emas sebagai portal turut diperlihatkan.
Menjadi tanda tanya orang ramai adalah Dr. Robotnik. Bagaimana Jim Carrey akan melakonkan watak ini? Dalam video acah ini, Dr. Robotnik kelihatan kemas dengan sut dan berambut. Tetapi akhir video acah, rekaan Dr. Robotnik telah diperlihatkan. Ini mungkin juga adalah sebuah filem asal-usul Dr. Robotnik.
Kepantasan Sonic dalam video acah ini membuat saya teringat kepada The Flash dan juga Quick Silver dalam X-Men. Sinopsis filem secara asasnya adalah seorang polis membantu Sonic untuk larikan diri dari kerajaan (sudah dihasut Dr. Robotnik). Filem ini akan ditayangkan pada bulan November kelak.