Skip to main content

Sonic The Hedgehog adalah filem aksi-nyata berdasarkan watak Sonic, iaitu landak biru pantas yang terkenal. Filem aksi-nyata ini akan memperlihatkan aksi Sonic dan Dr. Ivo Robotnik bertempur. Di mana Dr. Ivo dilakonkan oleh Jim Carrey dan Sonic adalah animasi 3D yang menggunakan suara Ben Schwartz.

Pada Disember tahun lepas, poster acah buat filem ini telah diperlihatkan. Tetapi ramai peminat Sonic risau akan rupa atau rekaan Sonic jika tidak selari dengan apa yang mereka kenal pada suatu masa dahulu. Kini, rekaan penuh Sonic untuk filem aksi-nyata ini telah diperlihatkan. Bahagian putih tangan Sonic dilihat adalah bulu dan bukannya sarung tangan, kasut kekal dengan rekaan warna merah dan turut kelihatan adalah Sonic memegang gelung emas yang biasa kelihatan dalam permainan video.

Rekaan ini tertiris oleh Hamagami / Carroll, Inc., di mana syarikat ini adalah syarikat yang bertanggungjawab untuk panduan rekaan Sonic. Di mana menurut mereka, rekaan Sonic adalah lebih moden dan ciri asas yang penting masih dikekalkan. Rekaan penuh atau kualiti animasi 3D mungkin akan lebih realistik daripada apa yang diperlihatkan ini.

Filem ini diterbitkan oleh Paramount Pictures dan dihasilkan oleh mereka yang menghasilkan Deadpool dan Fast & Furious. Tiada butiran lagi mengenai filem ini. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja video acah akan datang dan filemnya yang akan ditayangkan pada 8 November 2019.

Leave a Reply