Playstation 4 dikeluarkan di Jepun lebih 5 tahun lepas, manakala Switch pula baru sahaja berumur 2 tahun. Walaupun begitu, kejayaan konsol tersebut di Jepun tidak boleh disangkal lagi apabila sudah menghampiri penjualan keseluruhan keluarga Playstation 4 (PS4 dan PS4 Pro).

Menurut data yang dikongsi oleh Game Data Library, setakat 31 Mac 2019, keluarga PS4 terjual sebanyak 7.9 juta unit iaitu 6.8 unit untuk PS4 dan 1.1 juta unit untuk PS4 Pro. Manakala, Nintendo Switch sudah terjual sebanyak 7.8 juta unit, dengan kata lain hanya 100 ribu unit berbeza dengan PS4. Manakala keluarga Xbox One masih jauh ketinggalan dengan hanya terjual 100 ribu unit setakat ini.

Dengan penjualan PS4 semakin menurun kerana sudah menghampiri pengakhiran generasi, Switch yang baru sahaja 2 tahun dikeluarkan serta mungkin menerima 2 versi baharu tidak lama lagi, kami menjangkakan Switch akan meninggalkan jumlah jualan PS4 tidak lama lagi.

Sohor Kini