Informasi Permainan Video Terkini
WSJ: Nintendo Bakal Mengeluarkan 2 Switch Versi Baharu Tahun Ini

WSJ: Nintendo Bakal Mengeluarkan 2 Switch Versi Baharu Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 25, 2019 oleh .

Oktober tahun lepas, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan yang Nintendo merancang untuk mengeluarkan Nintendo Switch versi baharu pada tahun ini. Hari ini, mereka melaporkan lagi yang Nintendo bakal mengeluarkan 2 versi baharu.

Satu versi adalah yang lebih baik berbanding sekarang dan akan disertakan dengan spesifikasi yang lebih tinggi tetapi masih tidak dapat bersaing dengan Playstation 4 ataupun Xbox One. Ia akan memfokuskan penggemar permainan video.

Manakala satu lagi versi adalah untuk pemain yang kasual. Versi ini adalah disasarkan untuk menggantikan konsol 3DS. Menurut laporan tersebut lagi, versi ini akan menyertakan fungsi yang lebih sedikit dan antaranya adalah membuang fungsi getaran (Rumble).

Menariknya, kami juga ada melaporkan yang Nikkei pada Februari lepas mengatakan Nintendo akan mengeluarkan Nintendo Switch yang lebih kecil, mungkin ia adalah versi yang lebih murah tersebut.

Buat masa ini, Nintendo tiada mengatakan sebarang maklumat mengenai Switch baharu akan tetapi walaupun Switch masih terjual dengan baik akan tetapi versi baharu penting untuk merancakkan lagi penjualan.


TIPS & ULASAN