Informasi Permainan Video Terkini
Bekas Penerbit Ubisoft Jade Raymond Menyertai Google Sebagai Naib Presiden

Bekas Penerbit Ubisoft Jade Raymond Menyertai Google Sebagai Naib Presiden

Diterbitkan pada Mac 13, 2019 oleh .

Jade Raymond merupakan satu nama yang tidak asing di dalam industri permainan video. Beliau lebih dikenali sebagai penerbit eksekutif untuk permainan Assassin’s Creed.

Beliau kemudian menyertai EA untuk mengetuai Motive Studio dan menyelai Visceral Games sebelum studio tersebut ditutup dan beliau juga meninggalkan EA tetapi tidak berkongsi lanjut mengenai apa yang akan dilakukan seterusnya.

Hari ini, pertanyaan tersebut terjawab apabila beliau mengumumkan yang beliau telah menyertai Google sebagai naib presiden tetapi tidak berkongsi untuk bahagian apa.

Namun, agak mudah untuk kita jangkakan ia adalah berkaitan dengan permainan video. Beliau berkemungkinan akan bekerja bersama dengan Phil Harrison yang dilantik oleh Google pada awal tahun lepas.

Dengan pengumuman ini, bersama dengan pengumuman Google akan berkongsi sesuatu di GDC bulan ini, memperlihatkan Google sangat berminat untuk melibatkan diri di dalam industri permainan video.


TIPS & ULASAN