Informasi Permainan Video Terkini
Bekas Ketua PlayStation dan Xbox Phil Harrison Menyertai Google – Google Akan Terlibat Dalam Industri Permainan Video?

Bekas Ketua PlayStation dan Xbox Phil Harrison Menyertai Google – Google Akan Terlibat Dalam Industri Permainan Video?

Diterbitkan pada Jan 23, 2018 oleh .

Phil Harrison melalui akaun Twitter beliau mengumumkan yang beliau menyertai Google sebagai Naib Presiden dan Pengurus Besar tetapi buat masa ini tiada sebarang informasi yang diberikan oleh beliau ataupun Google sendiri mengenai tanggungjawab beliau di Google.

Beliau yang sebelum ini bekerja selama 16 tahun di Sony merupakan antara yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan kesemua generasi PlayStation. Beliau juga menjadi Naib Presiden Korporat untuk Perniagaan Xbox selama 3 tahun.

Ini adalah perkembangan yang menarik untuk Google, walaupun Google sudah terlibat dalam permainan video melalui Android tetapi tidak secara lansung. Phil Harrison yang mempunyai pengalaman yang besar di dalam industri permainan video agak mudah untuk kami menjangkakan yang walaupun di bawah payung Google beliau akan terus terlibat dalam industri ini.

Untuk masa ini Phil harrison mengatakan yang beliau tidak boleh memberitahu secara terperinci mengenai pekara ini tetapi mengatakan ini adalah peluang yang sangat istimewa. Mungkinkah Google akan mengeluarkan konsol mereka sendiri ataupun sekadar mengukuhkan kategori permainan di Google Play?