Berdasarkan laporan oleh Polygon, Google telah menghantar jemputan kepada media untuk acara Game Developer Conference 2019 (GDC 2019) yang akan berlangsung pada bulan hadapan di San Francisco. Jemputan tersebut menyatakan mereka akan mengumumkan sesuatu, berdasarkan acara tersebut boleh dikatakan ia adalah mengenai permainan video.
Google sebelum ini dilaporkan melibatkan diri di dalam penstriman permainan video melalui projek Stream, bahkan mereka mengadakan percubaan untuk bermain Assassin’s Creed Odyssey menggunkaan pelayan web mereka Chrome.
Oleh disebabkan itu, kemungkinan besar Google akan berkongsi mengenai projek tersebut, sama ada sekadar menyediakan kemudahan untuk digunakan oleh syarikat lain ataupun mereka sendiri akan menyediakan perkhidmatan penstriman permainan video kepada pemain masih belum disahkan.
DGC 2019 bakal berlangsung pada 18 Mac sehingga 22 Mac kelak.