Skip to main content

Penantian itu satu penyeksaan. Selepas beberapa bulan spekulasi mengenai masa depan siri Punisher dan Jessica Jones mula kedengaran, Netflix hanya ini mengesahkan ia akan dibatalkan secara rasmi menurut laporan Deadline. Musim ketiga Jessica Jones yang masih belum distrim akan menjadi siri terakhir Marvel yang akan ditawarkan oleh Netflix.

Pembatalan siri-siri Marvel di Netflix ini berlaku kerana perkhidmatan penstriman Disney+ yang akan dilancarkan kelak. Sebelum ini Daredevil, Iron Fist dan Luke Cage telah dibatalkan. Malahan filem Captain Marvel kelak akan ditawarkan secara eksklusif di Disney+ selepas usai penayangannya di pawagam. Bagi menggantikan kehilangan siri adiwira milik Marvell, Netflix menggandakan usaha menghasilkan siri lain seperti The Umbrella Academy yang dimiliki oleh syarikat komik lain.

Leave a Reply