Informasi Permainan Video Terkini
Netflix Membatalkan Marvel’s Daredevil – Tidak Akan Menerima Musim Ke-4

Netflix Membatalkan Marvel’s Daredevil – Tidak Akan Menerima Musim Ke-4

Diterbitkan pada November 30, 2018 oleh .

Berita mengejutkan pagi ini ialah Netflix mengumumkan siri adiwira popular Marvel’s Daredevil telah dibatalkan selepas tiga musim. Ini bermakna peminat yang menantikan musim keempat pengembaraan Matt Murdoch hanya boleh berputih mata seperti watak utama siri ini.

Pembatalan siri ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana Marvel akan melancarkan perkhidmatan penstriman mereka Disney+ tahun hadapan. Malahan sebelum ini Luke Cage dan The Iron Fist juga telah dibatalkan. Jadi tidak mengejutkan jika pengumuman siri Jessica Jones dan The Punisher pula akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ketika di acara See What’s Next yang berlangsung di Singapura beberapa minggu yang lalu, Ted Sarandos yang merupakan ketua kandungan di Netflix sudah memberikan petunjuk kandungan Marvel akan terhapus dari platform mereka kerana gagal mendapat persetujuan dengan Disney. Selamat tinggal Matt Murdoch, Karen Page, Foggy Nelson dan Kitchen Sink.


TIPS & ULASAN