The Umbrella Academy adalah komik mengenai satu keluarga adiwira yang disfungsi. Ia dicipta oleh Gerard Way dan diterbitkan untuk Dark Horse Comic, iaitu syarikat komik yang sama yang hasilkan Hellboy.

Terkini, The Umbrella Academy hadir dalam bentuk siri TV untuk siri Netflix Originals. Sir Reginald Hargreeves seorang jutawan yang mengambil Luther, Diego, Allison, Klaus, Vanya dan Number Five sebagai anak angkat dan melatih mereka semua dalam ‘sekolah’ The Umbrella Academy yang dicipta beliau untuk siap sediakan anak-anak beliau melindungi dunia. Tetapi, rancangan tidak berjaya, ahli-ahli The Umbrella Academy berpisah dan Hargreeves mati.

Dalam siri TV untuk Netflix ini, ahli-ahli The Umbrella Academy bersatu kembali untuk menyiasat kematian ayah angkat mereka – Hargreeves. Dalam pada itu, disebabkan masing-masing mempunyai personaliti berlainan dan kuasa berlainan banyak isu berlaku dan pertengkaran. Kemudian, terdapat juga bencana dunia yang melanda dan ia adalah terpulang kepada mereka untuk selamatkan dunia.

Jika anda bosan dengan siri TV DC atau Marvel, The Umbrella Academy mungkin boleh jadi pengganti. Ia akan disiarkan di Netflix bermula 15 Februari ini

Sohor Kini