Informasi Permainan Video Terkini
Captain Marvel Akan Menjadi Filem Eksklusif Pertama Disney+ – Tidak Ditawarkan Pada Platform Penstriman Lain

Captain Marvel Akan Menjadi Filem Eksklusif Pertama Disney+ – Tidak Ditawarkan Pada Platform Penstriman Lain

Diterbitkan pada Feb 6, 2019 oleh .

Disney+ ialah platform penstriman yang akan dilancarkan oleh Disney tahun ini. Ia akan mencabar perkhidmatan penstriman lain seperti Netflix dan Hulu. Bagi menggalakkan langganan apabila ia dilancarkan kelak, Disney akan mula menghalang kandungan mereka dari ditawarkan pada platform lain.

Bob Iger yang merupakan CEO Disney hari ini mengesahkan Captain Marvel akan menjadi filem pertama mereka yang tidak akan ditawarkan pada platform lain. Ia hanya boleh ditonton di Disney+ selepas usai tayangan di panggung kelak. Pihak Disney juga bersedia untuk kehilangan pendapatan 170 juta setahun melalui pelesenan kandungan asli mereka ke pihak ketiga tahun ini. Selain kandungan Marvel, kandungan dari Pixar, Disney, Lucasfilm, National Geographic dan 20th Century Fox juga akan ditawarkan oleh Disney+.


TIPS & ULASAN