Informasi Permainan Video Terkini
Pembangun Apex Legend Berminat Untuk Sertakan Watak Chappie
PC

Pembangun Apex Legend Berminat Untuk Sertakan Watak Chappie

Diterbitkan pada Feb 18, 2019 oleh .

Apex Legend adalah permainan pertempuran royal yang percuma untuk dimainkan. Permainan ini mendapat perhatian ramai, sehingga dalam masa tiga hari sejak ia dilancarkan telah mencapai sehingga 10 juta pemain. Kemudian, seperti permainan pertempuran royal lain – Apex Legend turut akan hadir dengan Battle Pas yang akan mula dijual Mac kelak.

Baru-baru ini, ramai pemain yang inginkan Chappie hadir ke dalam Apex Legend. Permintaan ini mengambil perhatian pengarah filem Chappie, Neill Blomkamp dan beliau bersetuju. Bagi yang tidak tahu, Chappie adalah filem berkisahkan sebuah robot bernama Chappie yang semakin lama mempunyai kesedaran/jiwa tersendiri. Rekaan Chappie ini sesuai jika dimasukkan dalam permainan Apex Legend, pengarah filem sudah bersetuju – bagaimana pula dengan pihak Respawn, selaku pembangun permainan tersebut?

Vince Zampella, CEO Respawn turut bersetuju untuk sertakan Chappie dalam Apex Legend. Filem Chappie diedarkan oleh Sony dan jika tiada masalah dengan perlesenan penggunaan watak Chappie, kelak di masa hadapan pasti kita akan lihat Chappie muncul dalam Apex Legend. Jika tidak kekal pun, mungkin akan ada pertempuran khas.


TIPS & ULASAN