Apex Legends boleh dikatakan menerima sambutan yang sangat baik apabila menerima 10 juta pemain dalam masa 3 hari dan kemudiannya mencecah 25 juta pemain dan 2 juta pemain serentak.

Seperti permainan percuma untuk dimainkan, Apex Legends juga mempunyai sistem ekonomi yang terbina di dalam permainan ini. Antara sistem ekonomi yang ada adalah Apex Packs yang merupkan sistem kotak tikam.

Selain itu ia juga menyediakan kedai yang membolehkan pemain membeli barangan secara terus tanpa berharap kepada nasib melalui kotak tikam, barangan tersebut akan bertukar dari semasa ke semasa seperti Fortnite. Mengikut Fortnite juga, Apex Legends turut menyediakan Battle Pass.

Hari ini, Respwan berkongsi lanjut mengenai Battle Pass untuk permainan ini. Battle Pass tersebut akan bermula pada Mac ini untuk musim pertama, musim kedua bermula pada bulan Jun, musim ketiga pada bulan September dan musim terakhir untuk tahun ini akan bermula pada bula Disember. Dengan kata lain, setiap musim akan berlangsung selama 3 bulan.

Melalui Battle Pass, pemain akan berpeluang untuk mendapat pelbagai barangan eksklusif tetapi tidak akan memberi sebarang kelebihan semasa bermain. Legends iaitu watak di dalam permainan ini, walaupun watak baharu hadir setiap musim, tidak akan diberikan melalui Battle Pass.

Buat masa ini mereka tidak berkongsi harga untuk Battle Pass tersebut dan juga tidak menyatakan sama ada Battle Pass boleh dibeli menggunakan Apex Coins seperti Battle Pass untuk Fortnite dibeli menggunakan V-Bucks.

Seperti yang kami nyatakan melalui 3 konsep permainan yang perlu diperbanyakkan pada tahun 2019, Battle Pass adalah satu konsep yang lebih baik berbanding kotak tikam, namun agak kecewa kerana permainan ini masih menggunkan sistem kotak tikam.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 5 Februari 2019 dan boleh dimainkan secara percuma.

Sohor Kini