Skip to main content

Apex Legends iaitu permainan pertempuran royale yang dikeluarkan oleh Respawn Entertainment iaitu studio pembangunan yang bertanggungjawab mengeluarkan Titanfall kini mempunyai 10 juta pemain selepas 3 hari dikeluarkan.

Jumlah tersebut diumumkan oleh ketua pengawal eksekutif Respwan Vince Zampella melalui penulisan di laman rasmi mereka. Selain itu, beliau juga mengatakan permainan tersebut mencapai 1 juta pemain serentak.

Pada awal pelancaran, kami melaporkan yang ia mencecah 1 juta pemain dalam masa 8 jam walaupun ia dikeluarkan secara mengejut. Tahniah kami ucapkan untuk Respawn Entertainment, moga jumlah permain tersebut akan berkekalan.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada 5 Februari 2019 dan boleh dimainkan secara percuma.

Leave a Reply