Seperti yang dijanjikan oleh Capcom sebelum ini, mereka akan membawa kandungan tambahan buat permainan Resident Evil 2 secara percuma, iaitu mod The Ghost Survivor yang mana ianya menyertakan 3 penceritaan berdasarkan 3 watak tambahan.

Kini mod tersebut akhirnya dilancarkan dimana pemain berupaya untuk mengaksesnya dengan memuat-turun kemaskini permainan tersebut.

Melalui mod The Ghost Survivors, Capcom menyertakan 3 kempen berbeza yang memfokuskan 3 watak. Setiap kempen tersebut mempunyai tajuk permainannya sendiri iaitu No Time To Mourn, Runaway dan Forgotten Soldier.

Bersempena dengan itu, Capcom juga melancarkan satu video acah khas yang anda boleh tonton diatas dimana Capcom memperlihatkan adegan permainan buat mod tersebut. Menariknya, berdasarkan mod tersebut, ianya kelihatan Capcom juga menyertakan beberapa musuh baharu dimana terdapat zombi yang mempunyai beg galas dan mengeluarkan asap berwarna ungu.

Tidak seperti mod The 4th Survivor ataupun The Tofu Survivor, mod ini akan memfokuskan bentuk yang lebih mudah dengan penyertaan pilihan cabaran yang lebih ringan dan juga barangan-barangan yang boleh didapatkan melalui beg galas zombi tersebut dan juga mesin layan diri.

Resident Evil 2 telah dilancarkan pada 25 Januari 2019 lepas di Playstation 4, Xbox One dan PC. Kami juga telah pun mengulas permainan ini dimana anda boleh membacanya dibawah.

Sohor Kini