Skip to main content

Capcom sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa mod baharu buat permainan Resident Evil 2 iaitu ‘The Ghost Survivor’ dan kini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat mod tersebut iaitu ianya bakal tiba pada 15 Februari 2019 ini secara percuma.

https://twitter.com/RE_Games/status/1089916008377155584

Menurut Capcom, melalui mod ini pemain akan bermain sebagai tiga watak berbeza iaitu seorang pemilik kedai senjata api, anak perempuan datuk bandar dan seorang askar yang dilupakan. Ketiga-tiga watak tersebut akan memfokuskan penceritaan mereka sendiri dimana mereka perlu meneruskan hidup di dalam bandar Raccoon City yang dilanda kemalangan zombi.

Sememangnya ini merupakan satu pernambahan yang sangat menarik, memandangkan permainan tersebut telah pun dilancarkan minggu lepas dan telahpun mengandungi pelbagai kandungan termasuklah kandungan asal yang terdapat di dalam permainan asal Resident Evil 2 sebelum ini.

Resident Evil 2 telah dilancarkan pada 25 Januari 2019 lepas di Playstation 4, Xbox One dan PC. Kami di Aksiz masih lagi dalam proses untuk mengulasnya dan akan kami kemaskini setelah ianya diterbitkan kelak.

Leave a Reply